PELAKON: Adam Kamil ( Keith Foo), Ariana Rose (Fathia Latiff)
Ia menceritakan Ariana Rose yang berkawan baik dengan Tengku Juwita
bersetuju untuk berlakon sebagai perempuan mengandung dan mengaku
kandungan itu milik Tengku Adam Kamil tunang Tengku Juwita. Tujuan utama
Tengku Juwita berbuat begitu kerana tidak mahu berkahwin dengan Tengku
Adam Kamil kerana dia seorang kasanova terkenal . Perkahwinan ini juga
diatur oleh keluarganya, Tengku Juwita tidak berani untuk membantah
kerana Tengu Sidin terlalu garang.“Saya memohon maaf kerana mengganggu
majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam,
dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar...” - Ariana
Rose
Kehadiran Ariana di hari pernikahan Tengku Juwita dan Tengku Adam Kamil
telah menggembirakan Tengku Juwita kerana majlis itu batal tetapi tidak
pada Tengku Adam Kamil. Selepas kejadian itu nama Tengku Adam Kamil
menjadi bualan. Lantaran kesanggupan Ariana menjadi drama queen dia
turut menerima pembalasan atas perbuatannya. Tengku Adam Kamil telah
mengupah penyiasat untuk menyiasat siapa Ariana. “What’s so funny?”
“Talking to me?”
“Nah… just talking to the lizard. See… there… we were talking just now. I
know you won’t be able to understand the lizard’s language.”
Pada awal pertemuan Tengku Adam hanya mahu Ariana mengaku kesalahannya
tetapi disebabkan kedegilan Ariana memaksa Tengku Adam melakukan sesuatu
luar jangkaan Ariana. Dalam terpaksa, setelah Tengku Adam meragut
kesuciannya Ariana menceritakan apa yang berlaku. Selepas kejadian itu
Ariana banyak melakukan kerja amal bagi melupakan sejarah hitam yang
berlaku pada dirinya.
"sorry , Datuk. Apa Datuk buat dalam kereta saya ni? I think it not
appropriate if people see you sneaking into my car." Adam membuat muka
pelik. Apa kena dengan Ariana? Hilang ingatan ke?
"Come on, Ariana. Janagn buat-buat tak kenallah."
"memang kita tak pernah kenal." Ariana melemparkan senyuman manisnya, berpura- pura formal.
"Ariana.."
"Datuk , saya hormati Datuk sebagai penaja utama program kementrian
saya. Tapi saya pohon Datuk hormati privasi saya. Boleh, kan Datuk?"
"Apa jawatan you kat sini?"
"Kerani." Ariana sengaja nak memulangakn paku buah keras kepada Adam.
Dia juga yang mengelarkannya sebagai kerani suatu ketika dulu.
"Kerani, duduk di meja VIP? Hebat," Adam turut membalasnya sinis.
"Ya, saya memang hebat." Selamba sahaja Ariana menjawab. Adam dijeling sekilas.
Tidak disangka - sangka Sebenarnya Tengku Adam adalah penymbang besar
bagi dana kebajikan . Dari situlah pertemuan demi pertemuan Ariana dan
Tengku Adam bermula. Perasaan cemburu hadir bila Tengku Adam melihat
Ariana rapat dengan rakan kerjanya Harith. Bila perasaan cemburu
menguasai diri, Ariana hampir di nodai untuk kali kedua oleh Tengku
Adam. Ariana semakin membenci Tengku Adam.
Atas nasihat Doktor Rosli merangkap kawan baik Tan Sri Mukhriz, Tan Sri
Mukhriz melamar Ariana Rose tanpa pengetahuan Tengku Adam . Dan Keluarga
Ariana menerima lamaran itu dengan hati terbuka. Ariana menerima
pinangan dari keluarga Tengku Mukhriz , Tengku Adam merayu agar menerima
dirinya. Kerana terlalu kecewa gagal memujuk Ariana, Tengku Adam pergi
menunaikan umrah .
"Awak percaya pada takdir?" perlahan Adam bertanya.
"Of couse," jawab Ariana tanpa ragu.
"Seandainya 50 ribu tahun sebelum terciptanya langit dan bumi, Allah
telah mencatat nama awak disisi saya, will you accept that?" Ariana
diam. Adakah dia akan menerimanya? Kalau sudah tertulis takdirnya
begitu, sama ada dia terima ataupun tidak apa yang telah tertulis untuk
berlaku tetap akan berlaku....
"What was written to happen will happen." Adam menjawab penuh keyakinan apabila Ariana diam membisu.
"Like what I said earlier , Ariana Rose. Dan... perkahwinan bukn hanya
pada kepuasan seksual. There is no such thing as bekas orang what ever.
If sex is your top priority in accepting marriage, then maybe.... Once
you are my wife, there is no more you... and no more me... yang ada
hanya kita. Dua jiwa yang sudah ditakdirkan Tuhan untuk menjadi satu....
Hidup baru, lembaran baru." Ya, air mata Arriana sudah tidak dapat
diseka lagi. Dia rasa terharu kerana Allah menciptakan seorang Adam yang
hebat pada pandangan mata dan jiwanya untuk menjadi imamnya,
insya-Allah di dunia dan diakhirat hendaknya. Dia sudah boleh bernafas
lega kini apabila megetahui pendirian tunangnya itu.
Balik dari umrah baru dia sedar gadis yang dipinang oleh mummy dan
Daddynya ialah Ariana Rose perempuan yang digilai separuh mati. Tengku
Adam bersykur kerana doanya telah dimakbulkan oleh Allah. Tapi tidak
pada Ariana masih tidak tahu siapa bakal suaminya dan selama ini Ariana
tak kisah. Dia Redha pilihan keluarganya. Tengku Adam yang dulunya
kasanova kini berubah menjadi seorang lelaki yang boleh mengimamkan
keluarganya.

“I’m gonna miss you… I’d rather stay by your side. Always.”
“Sayang kat abang rupa-rupanya ya?”
“Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too.”
Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir
dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat
dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang
ditakdirkan untuk dirinya?
“Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya.” – Tengku Adam Kamil
Download:-